Tujuh syarat untuk bertemu Nynaa – Fahmi Ilyas

 Tujuh syarat untuk bertemu Nynaa – Fahmi Ilyas


PETALING JAYA : Pelakon Nynaa Harizal meletakkan tujuh syarat kepada suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas bagi membincangkan urusan penceraian mereka. 

Fahmi meluahkan perasaan terkejut apabila dimaklumkan mengenai syarat-syarat yang diletakkan oleh isterinya. 

“Saya menerima panggilan daripada Nynaa sekitar jam 6 petang pada 12 November lalu. Pada 30 saat pertama masa dia call, saya gembira dengar suara dia tapi selepas itu saya macam tak sedap hati.

“Dia beri tujuh syarat untuk berjumpa dengan saya bagi membincangkan masalah kami. Syarat pertama, nak jumpa di pejabat peguam di Johor Bahru, keduanya saya kena datang seorang diri. 

“Manakala ketiga, saya tak boleh rakam perbualan. Saya juga tak boleh bawa pemandu, tak boleh bawa bodyguard, tak boleh bawa keluarga dan media. Kata nak jumpa tapi kenapa banyak syarat?” soal Fahmi.

Pada 10 November lalu pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu memfailkan permohonan cerai kepada Fahmi di Mahkamah Rendah Syariah di Johor Bahru, Johor.

Menerusi kenyataannya sebelum ini, Nynaa yang kini berada bersama keluarganya di Johor Bahru berkata dia sentiasa berdoa agar Fahmi melepaskannya secara baik tanpa menjelaskan secara terperinci tentang punca masalah rumah tangga mereka.

Dalam pada itu, Fahmi yang bekerja dalam sektor kewangan mengakui hubungan dia dengan ibu bapa mentuanya mula bergolak selepas berkahwin dengan Nynaa.

Tidak dapat memastikan punca sebenar, Fahmi memberitahu berlaku beberapa isu antara mereka antaranya dipercayai melibatkan hal kewangan.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  6  =  1