Tujuh R&R, hentian sebelah sedia terima pelanggan – PLUS

 Tujuh R&R, hentian sebelah sedia terima pelanggan – PLUS

KUALA LUMPUR, 16 Sept — Semua pengguna lebuh raya yang telah menerima vaksin lengkap kini boleh menikmati makanan di tujuh pusat Rehat dan Rawat (R&R) serta hentian sebelah tertentu berikutan beberapa negeri kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Pegawai Komersial PLUS Malaysia Berhad (PLUS), Christine Lew berkata, kesediaan PLUS menerima pelanggan berikutan lebih 80 peratus rakan niaga syarikat di R&R kendaliannya telah lengkap vaksinasi, selari dengan prosedur operasi standard (SOP) vaksinasi yang ditetapkan Majlis Keselamatan Malaysia (MKN).

Antara lokasi yang mula dibuka hari ini adalah Restoran Jejantas Sungai Buloh, Hentian Sebelah Simpang Pulai (Arah Selatan) dan Mambau (Arah Timur dan Arah Barat.

Sementara itu, Hentian Sebelah Sungai Buloh (Arah Selatan) pula akan mula dibuka esok, dan Dengkil (Arah Utara serta Arah Selatan) pula akan mula beroperasi pada sabtu.

“Kami sangat teruja mengalu-alukan pelanggan kami untuk kembali di R&R dan hentian sebelah bagi menikmati sajian hidangan panas dan berehat sebentar terutamanya selepas mengharungi perjalanan yang jauh.

“Dalam beberapa minggu lagi, kami akan umumkan lebih banyak lokasi di beberapa R&R yang sudah bersedia berikutan lebih ramai peniaga R&R kami akan memperoleh status vaksin lengkap,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Christine menyeru para pelanggan yang ingin menjamu selera di R&R itu untuk terus mematuhi SOP yang ditetapkan MKN.

Tambah beliau, bagi pelanggan yang mempunyai status vaksinasi lengkap di aplikasi MySejahtera, mereka akan menerima lebel hijau sebelum dibenarkan untuk menjamu selera di medan selera R&R.

“Bagi pelanggan yang belum menerima vaksin lengkap, mereka masih boleh menikmati menu yang tersedia di R&R secara bawa pulang.

“Selain itu, PLUS juga menyarankan mereka yang belum menerima vaksin lengkap untuk menggunakan fungsi Pra-Pesanan menerusi Aplikasi PLUS yang boleh dimuat turun secara percuma melalui https://ordersini.plus.com.my/ daripada rakan niaga dan pengusaha gerai yang mengambil bahagian.” katanya.

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

86  −  82  =