• Friday, 18 June 2021, 1:13 am

Tujuh laluan tikus ditutup di Pontian susulan PKP penuh

 Tujuh laluan tikus ditutup di Pontian susulan PKP penuh

Oleh Nurman Nasyriq

PONTIAN, 2 Jun — Polis menutup tujuh laluan tikus di Benut dan Ayer Baloi yang berpotensi menjadi laluan alternatif sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, penghadang jalan akan dipasang di semua laluan terbabit bertujuan mengelak penduduk setempat merentas daerah.

Menurutnya, kerja-kerja memasang penghadang jalan itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Bagi memastikan penduduk di daerah ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang tempoh PKP penuh, sebuah pasukan khas ditubuhkan.

“Pasukan ini diketuai seorang pegawai dan 13 anggota melibatkan Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal (URB) serta Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD),” katanya ketika dihubungi.

Pihaknya tidak bercadang untuk menambah sekatan jalan raya (SJR) yang ketika ini diadakan di Pekan Nanas, Kampung Parit Panjang dan hadapan Balai Polis Benut.

Beliau memberitahu, tiga SJR di lokasi laluan ke Johor Bahru, Kulai dan ke Batu Pahat akan dikekalkan.

Penglibatan keseluruhan kekuatan pasukan berjumlah 143 orang, iaitu 10 pegawai, 95 anggota dan 38 anggota Rela, katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *