Tuduhan Najib Bersatu cuba jatuhkan Ismail Sabri adalah fitnah – Wan Saiful

 Tuduhan Najib Bersatu cuba jatuhkan Ismail Sabri adalah fitnah – Wan Saiful

Ketua Penerangan BERSATU Datuk Wan Saiful Wan Jan. WMY/SUPIAN AHMAD

KUALA LUMPUR, 1 Dis — Tuduhan bekas Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa Bersatu cuba jatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri adalah fitnah.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan menafikan tuduhan Bersatu menjadi petualang dengan menyusun propaganda untuk jatuhkan Perdana Menteri

“Najib kata Bersatu susun propaganda untuk jatuhkan PM. Saya nafikan. Ini fitnah.

“Tapi tidak pelik fitnah itu datang dari Najib. Itulah kata-kata orang berpengalaman bersama rakan-rakannya yang pernah jatuhkan PM. Dia ingat semua orang perangai macam dia?” tegasnya.

Wan Saiful berkata Najib cuba menuding jari menyalahkan orang lain dengan isu kenaikan harga barang yang semakin membimbangkan rakyat.

“Hakikatnya isu barang naik ini sudah menjadi bualan dan keresahan serius seluruh masyarakat. Najib tak perlulah melatah menuding jari menyalahkan orang lain. Segerakanlah solusi. Atau sebenarnya cuba divert attention sebab 8 Disember dah dekat?

“Cerita bab barang naik ni mesti rakyat teringat kisah Najib dan kangkong. Cuba google,” kata Wan Saiful.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

43  −  38  =