Kerjasama UiTM-WTCKL bakal wujud peluang pekerjaan kepada bakal graduan
Tren 40 & 81 LRT kemalangan dekat stesen KLCC malam ini

Oleh Suraya Ali
KUALA LUMPUR, 24 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur mengesahkan kejadian kemalangan tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran KLCC sebentar tadi.
Semakan oleh Wacana.my setakat jam 9.30 malam mendapati operasi menyelamat masih berjalan.
Sementara itu, laman twitter Rapid KL memaklumkan terdapat kejadian melibatkan tren 40 dan 81 laluan Kelana Jaya.
Terdahulu tular di media sosial bermula 9 malam tadi orang ramai berkongsi gambar dan mendakwa kejadian tren LRT bertembung di dalam terowong sejurus meninggalkan stesen KLCC menghala Kelana Jaya.
(Sumber foto & video insiden dari pengguna-pengguna WhatsApp)
Laporan lanjut akan menyusul.