• Thursday, 17 June 2021, 1:48 pm

‘Total Lockdown’: Pakar Pemasaran kongsi tips mempromosikan bisnes IKS.

 ‘Total Lockdown’: Pakar Pemasaran kongsi tips mempromosikan bisnes IKS.

KUALA LUMPUR, 30 Mei — Sejak kerajaan mengumumkan penutupan sepenuhnya atau ‘total lockdown’ ramai usahawan mula resah memikirkan jualan yang akan merundum.

Sedangkan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan mereka sudah pun mula panik kerana jualan semakin menjunam apatah lagi apabila total lockdown mula berkuatkuasa pada 1 Jun nanti.

Untuk terus berdaya saing, usahawan perlu menyesuaikan perniagaan mereka dengan keadaan semasa.

Pakar Pemasaran Atas Talian, Muhamad Azeril Zulkifli @ Azeril Zolle berkongsi tips untuk usahawan mempromosikan perniagaan mereka dalam waktu mencabar kini.
“Pertama dan yang penting ialah sentiasa mengekalkan hubungan dengan pelanggan. Komunikasi adalah kunci,” katanya.

Azeril berpendapat usahawan perlu sentiasa berhubung dgn pelanggan mereka.

Tips yang dikongsi Azeril kepada usahawan

“Aktifkan media sosial anda untuk sentiasa berkomunikasi dengan pelanggan. Tunjuk dan maklumkan bahawa anda masih menjalankan bisnes seperti biasa,” katanya.

Tindakan itu penting bagi meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap perniagaan.

“Jika bisnes anda belum ada page di Facebook atau Instagram, sekarang adalah masa paling sesuai untuk membuka account di media sosial,” katanya.

Tambah Azeril jika sudah ada page media sosial, usahawan harus memastikan ia aktif dan pastikan juga maklumat bisnes boleh dicapai oleh pelanggan melalui di Google My Business

“Kemaskinikan dengan maklumat terbaru supaya pelanggan mudah jumpa anda di Google,” katanya.

Azeril mempunyai pengalaman lebih 24 tahun dalam bidang pemasaran dan kini menerajui agensi pengiklanan digital, SocialNut Media.

Pelanggannya kini terdiri daripada lebih 60 syarikat tempatan dan antarabangsa seperti Adabi Consumer, Yusuf Taiyoob dan Universiti DRB-Hicom.

SocialNut Media turut membantu usahawan kecil seperti Kafe Kletokrat yang kini semakin tular dikalangan warga maya Total Lockdown: Pakar Pemasaran kongsi tips mempromosikan bisnes IKS.

Wacana.my komited membantu para usahawan mendapatkan maklumat tentang tips perniagaan dan peluang pembangunan perniagaan kepada penggiat industri kecil dan sederhana negara.

Ikuti portal berita kami untuk maklumat terkini dan tips dari pakar seluruh negara. Semoga perniagaan anda semakin berkembang maju.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *