TNB BERI ‘ELEKTRIK PERCUMA’ SEBULAN – PM

 TNB BERI ‘ELEKTRIK PERCUMA’ SEBULAN – PM

HULU LANGAT : Khusus untuk 72,000 pelanggan domestik yang terkesan dengan bencana banjir dan tanah runtuh, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan memberi rebat 100 peratus bagi bil bulan Disember ini.

Bantuan ini diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri pada sidang media selepas menghadiri program Gotong Royong Keluarga Malaysia di Taman Sri Nanding dan Dusun Tua di sini dari jam 9 pagi dan berakhir tengah hari tadi.

“Inisiatif ini bagi meringankan beban mangsa banjir, dan ini lanjutan pelbagai bantuan kerajaan, seperti Bantuan Wang Ihsan RM1,000 untuk ketua isi rumah dari kerajaan persekutuan.

“Rebat ini akan membabitkan peruntukan RM9 juta. Saya juga dah minta TNB untuk turut bantu kediaman milik keluarga B40 yang terjejas akibat banjir, apabila bekalan elektrik disambung semula, kita tak mahu musibah lain pula muncul.

“Sejak Jumaat lalu, TNB sudah laksanakan kerja pemeriksaan pendawaian percuma dengan sokongan PERNISMA, TEEAM, TNB ENERGY SERVICES dan kontraktor elektrik bertauliah,” katanya.

Ismail turut merakamkan terima kasih kepada kontraktor elektrik yang menjalankan kerja-kerja ini secara sukarelawan di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur.

“Saya juga nak ulangi, mana-mana mangsa banjir yang terjejas, sama ada mereka berpindah ke Pusat Penempatan Sementara (PPS), rumah saudara, ataupun di PPS yang tidak berdaftar, tetap akan terima Bantuan Wang Ihsan.

“Saya dah arahkan permudahkan proses agihan. Tak perlu bersusah, beriya isi borang di PPS walhal data dah ada. Yang tak duduk di PPS, dapatkan ketua komuniti bantu sahkan. Itu sahaja. Percepatkan agihan

“Satu lagi, Melaka sudahpun serah Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir. Kerajaan Persekutuan sudah salurkan wang kepada Kerajaan Negeri, maka saya tak nampak ada alasan untuk tangguh berikan pada mangsa. Kita dah umum, dana dah disalurkan pada Kerajaan Negeri termasuk Selangor dan Negeri Sembilan, jangan simpan lama-lama, menyusahkan mangsa.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  1