TMJ positif COVID-19, kini kembali sihat

 TMJ positif COVID-19, kini kembali sihat

Hantaran terbaharu TMJ dalam akaun Instagramnya dengan kapsyen ‘The Tiger is back!

JOHOR BAHRU, 23 Okt — Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengesahkan dirinya positif COVID-19 dan kini kembali sihat dalam beberapa hantaran di akaun instagram rasminya.

Tunku Ismail memaklumkan bahawa beliau sudah diserang wabak itu sejak dua minggu lalu menerusi beberapa hantaran dibuat semalam.

Walau bagaimanapun, kira-kira 6.35 petang, Tunku Ismail menerusi hantaran terbaru di Instagramnya memuat naik gambar terkini dengan kapsyen ‘The Tiger is back’.

Hantaran itu bagai memberi gambaran bahawa Tunku Mahkota Johor sudah pulih sepenuhnya daripada jangkitan COVID-19.

Hantaran pertama di Instastory menerusi akaun @hrhcrownprinceofjohor dimuat naik kira-kira 2 petang itu memaparkan gambar beliau di atas katil dipercayai di wad hospital dengan keterangan ‘few days ago’.

Kira-kira pukul 3 petang pula, Tunku Ismail mẹmbuat hantaran kedua memaklumkan beliau menghidap COVID-19.

“Dua minggu dijangkiti COVID-19 dan sekarang…

“Beberapa minggu lemah fizikal dan psikologi. Terima kasih untuk semua doa. Tetapi, sekarang, harimau sudah kembali,” tulisnya pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) itu.

Tunku Ismail sekali lagi mengemas kini hantaran dengan menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatannya.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *