TMJ hantar bunga, McD & belon selepas tamat ‘percakaran’ bersama MB Kedah

 TMJ hantar bunga, McD & belon selepas tamat ‘percakaran’ bersama MB Kedah

PETALING JAYA: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor menyatakan penghargaannya kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim di atas pemberian beberapa set bungkusan makanan segera dan sejambak bunga.

Sanusi membuat satu hantaran di Facebooknya dengan menyatakan bahawa kalah atau menang itu merupakan adat dalam perlawanan.

“Menjunjung Kasih TMJ atas kiriman bunga dan Mcdonalds. Hari Khamis ini kita berentap lagi.

“Kalah, seri atau menang adalah adat perlawanan. Kasi panas line tu wajiblah,” katanya.

Tidak ketinggalan, Tunku Ismail juga turut sama memuat naik video di Instagram miliknya yang menunjukkan wakil Tunku hadir dan memberikan sejambak bunga dan beberapa set bungkusan makanan kepada Sanusi.

Tunku juga meninggalkan caption di Instagramnya: “Tak diet? Salah satu cara nak buat badut gembira.”

Sebelum ini, media sosial sering menjadi tempat “percakaran”antara Sanusi yang juga Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), dengan TMJ mengenai hantaran berhubung isu tunggakan gaji staf dan pemain Kedah.

Irmamusliana Mustajab

emma@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *