TMJ akui JDT tewas kerana terlalu selesa

 TMJ akui JDT tewas kerana terlalu selesa

JOHOR BAHRU, 2 Dis — Kekalahan JDT di pentas akhir Piala Malaysia edisi ke-100 Selasa lalu kepada Kuala Lumpur City dianggap sebagai hikmah dan pembuka mata buat pasukan itu. 

Pemilik JDT, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, JDT menjadi terlalu selesa untuk tiga musim terakhir ini sehingga tidak mengeluarkan belanja untuk memantapkan pasukan namun segalanya akan berubah tidak lama lagi. 


“Saya rasa untuk tiga musim terakhir ini, kami menjadi terlalu selesa, terlalu yakin dan kami tidak mengeluarkan belanja untuk skuad. Tetapi kini selepas apa yang terjadi, kami akan mula berbelanja semula kerana kami sudah dicabar. 

“Ianya akan menjadikan kami lebih bermotivasi untuk bertanding tahun hadapan. Saya anggap kekalahan adalah positif untuk JDT. Kami akan menjadi lebih obses untuk memperbaiki kesilapan kami dan menguatkan lagi pasukan ini. 

Tunku Ismail berkata, JDT akan menjalani latihan pra-musim di Dubai dan Abu Dhabi untuk bermain dengan beberapa kelab tempatan di sana dan juga kelab-kelab Eropah untuk persiapan mereka menghadapi saingan 2022. 

“Ada beberapa pemain akan dikekalkan, ada yang akan dipinjamkan keluar dan ada pemain yang akan dilepaskan. Pengarah Teknikal JDT akan membuat pengumuman kepada para penyokong dengan lebih mendalam lagi nanti.

TMJ berkata, perancangan beliau untuk berehat daripada bola sepak tergendala kerana kekalahan pada perlawanan akhir Piala Malaysia baru-baru ini. 

“Saya baru ingat hendak berehat dari bola sepak tahun hadapan tetapi apa yang berlaku membuatkan saya tidak jadi berehat. Seperti yang saya pernah katakan, ‘a wounded Tiger is always eager to bounce back’,” katanya menerusi satu hantaran di laman Facebook Johor Southern Tiger hari ini. 

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  5