TM serah zakat perniagaan RM211,062 kepada MAIPs

 TM serah zakat perniagaan RM211,062 kepada MAIPs

KANGAR, 28 April –Telekom Malaysia (TM) Berhad menyempurnakan tanggungjawab zakat perniagaannya bagi tahun 2019 berjumlah RM211,062 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

MAIPs menerusi satu kenyataan hari ini menyebut sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengurus Pejabat Pengurusan TM Perlis/Kedah Mohd Shahfari Ahmad kepada Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Muhammadi, Jejawi Sungai Adam, Kangar, semalam.

Hadir sama bagi menyambut keberangkatan baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Mohd Nazim Mohd Noor.

Pada majlis tersebut, Tuanku Syed Faizuddin  berkenan menyaksikan pengagihan 500 pek juadah berbuka puasa sumbangan pihak TM Berhad kepada 20 amil kariah dari seluruh negeri Perlis untuk disampaikan kepada golongan asnaf terpilih di kawasan masing-masing.

Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan bantuan zakat MAIPs kepada  30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah masjid berkenaan berupa wang tunai, beras fidyah dan bahan makanan.

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  8