Tipu derma untuk hidup mewah

 Tipu derma untuk hidup mewah

Oleh AMIR HAMZAH NORDIN

FLORIDA 8 Januari 2022 – Valesky Barosy,27, bermula dengan berdepan kehidupan yang sukar ketika mula-mula menjejakkan kakinya di Amerika Syarikat (AS) sehingga tidak mampu membeli sehelai baju di Walmart.

Bagaimanapun apabila pandemik Covid-19 menyerang dunia termasuk Amerika Syarikat

Kesukaran yang dihadapi itu membuatkan dia melakukan jenayah atas talian program derma bantuan pandemik Covid-19.

Dia menggunakan program Paycheck Protection sebagai penyaluran bantuan masuk dana Covid-19 berjumlah AS$4.2 juta (RM17.6 juta) ke sakunya sehingga boleh berbelanja mewah.

Barosy yang berasal dari Haiti didakwa melakukan penipuan itu apabila menggunakan duit bantuan Covid-19 itu untuk membeli barangan mewah termasuk kereta sport Lamborghini Huracan Evo, pakaian berjenama dan jam tangan Rolex serta Hublot.

Walaupun dia hanya menerima bayaran sebanyak AS$2.1 juta (RM8.8 juta) dan menunjukkan kemewahannya dengan menggunakan pelbagai barangan berjenama dan sering menggambarkan dirinya seorang yang berjaya melalui media sosial.

Selain itu, Barosy mendakwa dia menjadi presiden sebuah syarikat yang dikenali sebagai VBarosySolutions Inc. yang membantu pelanggan memulihkan skor kredit mereka dan juga kononnya merupakan usahawan berjaya termasuk pakar dalam bidang pemasaran e-dagang.
.
Dia membuat penampilan pertama untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 132 tahun.

Amir Hamzah Nordin

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  5  =  5