Tindakan kerajaan penting sebagai pengimbang ketidakstabilan pasaran, ekonomi – ahli akademik

 Tindakan kerajaan penting sebagai pengimbang ketidakstabilan pasaran, ekonomi – ahli akademik

Gambar hiasan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 27 April — Tindakan kerajaan dalam bentuk bantuan dan inisiatif berterusan berperanan sebagai pengimbang kepada ketidakstabilan ekonomi dan pasaran memandangkan amat sukar untuk situasi semasa bergantung kepada pasaran bebas semata-mata, kata seorang ahli akademik.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkataĀ amalan ekonomi pasaran yang digabungkanĀ adalah lebih ideal untuk menangani cabaran yang timbul akibat pandemik.

Dr Mohammad Tawfik Yaakub

Beliau berkata malah suntikan fiskal dan usaha lain boleh menghalang ekonomi negara daripada mengalami situasi kemerosotan selanjutnya di samping meredakan impak ke atas pelbagai sektor perdagangan.

Kerajaan telah menyuntik RM305 bilion pada 2020 dan bagi tahun ini, peruntukan berjumlah lebih RM400 bilion disalurkan sebagai sebahagian Strategi 6R — Ketegasan, Ketahanan, Memulakan Semula, Pemulihan, Memperkasa dan Menyusun semula.

Empat strategi pertama telah dilaksanakan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN); Langkah Tambahan Bagi PRIHATIN (PRIHATIN Tambahan); Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) dan Kerangka Inisiatif Tambahan Khas (KITA PRIHATIN).

ā€œSemua inisiatif ini juga membolehkan syarikat bersaiz sederhana untuk pulih dan memperkukuh industri berkaitan.

ā€œMeskipun saya berpandangan inisiatif kerajaanĀ tidak semuanya sempurna namun ia boleh diperkukuh atau diperkemas lagi dari segi pelaksanaan dan kesegeraan untuk memastikan rakyat dan banyak pihak yang terjejas tidak terus mengalami bencanaĀ ekonomi yang besar ekoran COVID-19,ā€ katanya kepada Bernama.

Beliau berkata inisiatif tersebut telah memberi kesan positif terutama ke atas pertumbuhan ekonomi Malaysia, dan perlu diimbangi dengan sokongan dan bantuan berterusan.

Mohammad Tawfik berkata bantuan bernilai berbilion ringgit telah disasarkan dengan jayanya terutama kepada kumpulan rentan meliputi kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) dan kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus pertengahan (M40).

Bantuan itu turut melibatkan golongan yang memerlukan serta pelbagai sektor perniagaan termasuk perusahaan kecil dan sederhana, katanya.

Ketika ditanya sama ada paras harga minyak mentah semasa akan membantu mempercepat pemulihan ekonomi, ahli akademik itu berpendapat sebagai peserta pasaran minyak global, Malaysia tidak dapat mengelak daripada merangka belanjawan tahunan berasaskan harga minyak mentah semasa.

ā€œBagaimanapun, kerajaan harus bersikap sedemikian dan menganalisis alternatif yang sama untuk memastikan pendapatan dan hasil akan bermanfaat bagiĀ kerajaan apabila negara mengalami masa depan yang tidak menentu,ā€ katanya.

Harga minyak mentah Brent yang menjadi penanda aras pasaran berada pada sekitar US$60 setong sedangkanĀ Belanjawan 2021 MalaysiaĀ dirangka berasaskan andaian harga pada purata US$42 setong.

Dr Afzanizam Abd Rashid

ā€œMana-mana pihak yang mentadbir urus negara ini, mereka pastinya akanĀ mengambil tindakan yang sama kerana inilah pendekatan sewajarnya pada masa ini untuk memulakan usaha memulihkan ekonomi,ā€ katanya.

Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ekonomi Malaysia diunjurkan berkembang pada lima peratus tahun ini, dipacu oleh peningkatan permintaan global selepas kadar Keluaran Dalam Negara Kasar mengalami penyusutan pada 5.6 peratus tahun lepas.

ā€œFaktor lain yang menyokong pemulihan ekonomi adalah pendirian Bank Negara Malaysia ke arah dasar monetari akomodatif serta dasar pengembangan fiskal oleh kerajaan Persekutuan dapat membantu merangsangkan permintaan domestik.

ā€œBagaimanapun aktiviti ekonomi akan kekal dikekang memandangkan tempoh yang lebih panjang diperlukan untuk mencapai keimunan kelompok,ā€ katanya.

Beliau berkata justeru, pihaknya melihat ekonomi ini sedang mencatatkan pemulihan namun pada kadar yang boleh berubah berikutan jumlah kes baharu COVID-19 terus meningkat.

Usaha untuk merealisasikan keimunan kelompok pula akan menjadi faktor kejayaan penting bagi pembukaan kembali ekonomi yang berterusan, katanya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

85  −  84  =