Tindakan Amerika Syarikat jejaskan keselamatan Afghanistan – BN

 Tindakan Amerika Syarikat jejaskan keselamatan Afghanistan – BN

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR, 28 Ogos — Barisan Nasional (BN) menyifatkan tindakan tentera Amerika Syarikat meninggalkan negara tersebut dalam keadaan yang tidak terancang dan kegagalan kerajaan Afghanistan mempertahankan kedudukannya telah meletakkan keadaan keselamatan di negara tersebut semakin rapuh dan terjejas.

Justeru itu, BN mahu kerajaan Malaysia mengambil inisiatif segera dengan memanggil negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) untuk mengadakan sidang atau mesyuarat khas berkenaan situasi terkini di Afghanistan.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dalam satu kenyataan berkata, sebagai sebuah negara Islam yang berwibawa dan berkecuali, Malaysia mempunyai pengaruh tersendiri untuk membangunkan konsensus OIC dalam perkara berkaitan dengan masa depan Afghanistan.

“BN juga menyeru agar kerajaan berhubung dengan perwakilan Taliban di Doha, Qatar untuk membangunkan komunikasi awal.

“Ini perlu dilakukan hanya dengan satu tujuan, iaitu memudahkan penyelarasan bantuan kemanusiaan antarabangsa disalurkan kepada penduduk Afghanistan, jika keadaan mendesak dan memerlukan,” katanya hari ini.

Tambah beliau, BN berpendirian bahawa sebarang pengiktirafan ke atas Taliban hanya boleh dipertimbangkan selari dengan pendirian masyarakat antarabangsa.

“Kerajaan Malaysia haruslah mengikut lunas dan prinsip-prinsip hubungan antarabangsa yang kita pegang selama ini dalam mengiktiraf mana-mana Kerajaan atau rejim.

“Tidak ada pengecualian istimewa dalam kes Taliban,” katanya.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  17  =  22