Tiga pusat pemindahan sementara dibuka di Johor Bahru, Pontian

 Tiga pusat pemindahan sementara dibuka di Johor Bahru, Pontian

Keadaan PPS SK Melayu Raya Pontian yang dibuka bagi menempatkan 19 mangsa banjir kilat, hari ini.

JOHOR BAHRU, 2 Sept — Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di dua daerah di negeri ini susulan hujan lebat lebih enam jam awal pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) negeri, Kolonel Kamal Mokhtar berkata, dua daerah terjejas banjir ialah Johor Bahru dan Pontian.

Katanya, tiga PPS yang dibuka itu membabitkan PPS Dewan Raya Kampung Melayu Batu 10, Skudai serta PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Skudai di daerah ini, manakala sebuah lagi PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya di Pontian.

“Jumlah mangsa banjir di dua PPS di Johor Bahru yang dibuka sejak 10 pagi sedang dikemas kini berikutan pertambahan mangsa.

“Sementara itu, PPS di Pontian dibuka pada 11 pagi tadi membabitkan 19 mangsa daripada lima keluarga,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamal berkata, PPS Dewan Raya Kg Melayu Batu 10 dikhaskan untuk mangsa banjir yang perlu menjalani kuarantin berikutan menjadi kontak rapat kes COVID-19.

Mangsa banjir yang lain pula ditempatkan di PPS SMK Skudai bagi memastikan mereka tidak berada di lokasi sama.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2  +  1  =