Tiga lokaliti di Sabah, Johor dikenakan PKPD

 Tiga lokaliti di Sabah, Johor dikenakan PKPD

Ladang Sime Darby Bukit Puteri, Mukim Batu Yon 1 di Lipis, Pahang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 6 November sehingga 19 November 2021. FOTO Hiasan

KUALA LUMPUR, 30 Ogos — Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di tiga lokaliti di Sabah dan Johor selama 14 hari bermula Selasa ini hingga 13 September.

Ketua Pengarah Keselamatan Negara, Datuk Rodzi Md Saad, berkata keputusan itu dibuat selepas meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19 di lokaliti terbabit.

PKPD di Sabah membabitkan Kampung Bukit Gemuk, Tawau serta Kampung Nasakot, Ranau manakala Johor di Kampung Nelayan Benut, Mukim Sungai Pinggan, Pontian.

“Prosedur operasi standard (SOP) bagi semua PKPD sama seperti diumumkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, Rodzi berkata, PKPD di Taman Megah Jaya (Lorong 2, 3, 9 dan 10), Tawau, Sabah yang sepatutnya tamat esok akan dilanjutkan 14 hari lagi hingga 13 September ini.

PKPD di 37 lokaliti di Sabah dan Terengganu pula akan ditamatkan esok mengikut jadual.

Tiga lokaliti di Kota Belud, Sabah membabitkan Kampung Mantanau, Kampung Pirasan Ulu dan Kampung Suang Punggur manakala Terengganu di Kampung Bukit Cina, Mukim Pasir Akar, Besut; 19 lokaliti di Mukim Kuala Dungun, Dungun serta 14 lokaliti Mukim Sura, Dungun.

Antara 19 lokaliti itu ialah Sunga Buaya, Tanah Lot, Lembah, Padang Jambu, Nibong, Bukit Chatak Tengah, Kampung Molek, Bijangga, Sungai Udang, Sungai Penaga, Kubang Miang dan Teratai.

Di Mukim Sura, lokaliti terbabit ialah Rumah Awam Kos Rendah (RAKR) Gong Pasir, Kampung Gong Pasir, Taman Maidam, Batu 5, Paya Balai Besar, Alor Tempoyak dan Sura Lapangan Terbang.

 

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

79  −    =  78