‘Tidak perlu usul undi percaya kepada Perdana Menteri’ – Wan Junaidi

 ‘Tidak perlu usul undi percaya kepada Perdana Menteri’ – Wan Junaidi

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

PUTRAJAYA, 7 Ogos — Tiada keperluan untuk mengemukakan usul undi percaya terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, di Parlimen bagi menentukan keabsahan pelantikannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Wan Tuanku Jaafar, berkata keabsahan pelantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan lagi.

Beliau berkata, ini memandangkan perlantikan peruntukan Perlembagaan Persekutuan menetapkan kuasa melantik Perdana Menteri di bawah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Perlantikan Ismail Sabri tidak perlu dipertikaikan lagi kerana lantikan itu dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perlembagaan.

“Perkara ini (usul undi percaya) tidak sesuai dilakukan kerana Perdana Menteri baharu sahaja mengambilalih jawatan berkenaan,” katanya pada sidang media di Dewan Serbaguna Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), hari ini.

WMY

WMY@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

56  +    =  61