Tidak hirau amaran lagun ada buaya  

 Tidak hirau amaran lagun ada buaya  

Papan tanda amaran “Awas kawasan ini ada buaya” dipasang Jabatan Hidupan Liar di Likas Lagoon, Likas, Kota Kinabalu.- Foto WMY/Mohd Azrone Sarabatin

KOTA KINABALU, 28 Jun – Papan tanda amaran ada buaya di Likas Lagoon, Likas, dekat sini tidak dihiraukan segelingir orang awam yang mahu mencari rezeki di situ.

Papan tanda amaran “Awas kawasan ini ada buaya” dipasang Jabatan Hidupan Liar Sabah sejak tiga tahun lalu.

Orang awam memukat ikan di Likas Lagoon, Kota Kinabalu walaupun ada papan tanda amaran “Awas kawasan ini ada buaya”. – Foto WMY/Mohd Azrone Sarabatin

Tinjauan Wacana.my hari ini mendapati, masih ada orang awam memukat, menjala dan memancing ikan di lagun berkenaan.

Sekurang-kurangnya tiga papan tanda amaran di pasang di situ sejak tiga tahun lalu, berikutan ada orang awam melihat reptilia itu dalam lagun yang juga kolam tebatan banjir Likas.

Pada 2015, Jabatan Hidupan Liar Sabah memasang tiga perangkap buaya di situ susulan aduan orang awam melihat seekor buaya sepanjang 1.5 meter di situ.

Bagaimanapun, walaupun ada bukti lagun itu ada buaya, namun reptilia itu tidak masuk perangkap yang dipasang oleh renjer dari Unit Penyelamat Hidupan Liar.

Buaya berkenaan dipercayai berpindah ke kawasan lain di sekitar lagun berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Hidupan Liar berkata, papan tanda amaran itu dipasang untuk memberi amaran kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati dan tidak memasuki kawasan lagun terbabit sama ada untuk beriadah, memukat atau memancing ikan.

“Kita memandang serius aduan berkaitan buaya dan pastinya tidak mahu berlaku sebarang kejadian membabitkan nyawa.

“Kita percaya buaya masih ada di lagun berkenaan walaupun ada dakwaan sudah keluar ke laut Teluk Likas bersebelahan lagun,” katanya.

Mohd Azrone Sarabatin

Azrone@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18  −    =  9