“Tiang rumah saya tidak kuat, mudah goyang dan tunggu masa runtuh” – Fatimah

 “Tiang rumah saya tidak kuat, mudah goyang dan tunggu masa runtuh” – Fatimah

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 14 Feb — Merenung jauh pada wajahnya, jelas tergambar riak-riak resah pada seorang warga Kampung Usaha Jaya, Fatimah Idris, 68, yang tinggal berhampiran tebing Sungai Skudai, di sini kerana rumahnya kerap diancam banjir dan air pasang besar.

Bukan sahaja kerana serba kekurangan dan kesempitan, warga emas itu kian runsing apabila memikirkan rumah usang yang didiami keluarga sejak 1985 kerap dimasuki air Sungai Skudai ketika air pasang besar.

“Dalam banjir yang lepas, rumah saya juga tenggelam,” kata wanita itu sambil berharap dapat berpindah ke Rumah Rakyat yang disediakan kerajaan kerana kediamannya sudah tidak lagi selamat.

Fatimah, warga emas empat kali mohon Rumah Rakyat, namun tiada jawapan

“Tiang rumah saya tidak kuat, mudah goyang dan tunggu masa runtuh. Lantai kayu rumah juga tidak selamat kerana reput.

“Saya tidak ada duit untuk berpindah atau menyewa tempat lain. Sebab itu saya sudah empat kali mohon Rumah Rakyat namun masih tiada perkembangan tetapi orang lain sudah dapat rumah,” katanya sedih.

Namun hari ini, Fatimah menerima junjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling, Cheo Yee How dan Penolong Pengarah Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Mohd Shafie Mustaffar, yang turut menyampaikan sumbangan barangan keperluan.

Warga emas itu tinggal bersama anak bongsunya, 29, yang masih menganggur selepas tidak bekerja sejak pandemik COVID-19.

Sementara itu, Mohd Shafie memberitahu, Fatimah adalah penerima bantuan zakat bulanan sebanyak RM300 sejak 2015 dan pihaknya akan mempertimbangkan untuk menaikkan lagi jumlah bantuan mengikut keperluan warga emas itu.

Mengenai rumah Fatimah, beliau mendapati kediaman itu dibina atas rizab sungai dan sudah usang serta tidak selamat.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  65  =  72