Tiada rancangan jual airport Subang oleh kerajaan, fitnah semata

 Tiada rancangan jual airport Subang oleh kerajaan, fitnah semata

SUBANG, 26 Jun — Kementerian Kewangan menegaskan bahawa kerajaan tidak merancang untuk menjual mana-mana hartanah lapangan terbang di Malaysia, walaupun terdapat tuduhan daripada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul, mengenai Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) atau dikenali sebagai ‘Airport Subang’ yang akan dijual kerajaan.

Menurut menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, hartanah lapangan terbang adalah dianggap sebagai aset strategik kerajaan selain menyatakan bahawa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) masih memiliki pajakan selama 60 tahun, iaitu sehingga 2067.

Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Skypark Terminal. WMY/SUPIAN AHMAD

“LTSAAS adalah salah satu daripada 39 lapangan terbang di bawah kendalian MAHB seperti yang selaras dengan perjanjian operasi kerajaan dan MAHB yang bermula pada 2009.

“Walaupun MAHB tidak memiliki mana-mana hartanah lapangan tersebut, MAHB masih dipertanggungjawabkan untuk membangunkan aset sekitar LTSAAS,” katanya menerusi kenyataan rasmi.

Selain itu, Tengku Zafrul berkata sebahagian tanah LTSAAS telah dipajakkan (sub-leased) oleh MAHB kepada Subang Skypark Sdn Bhd selama 30 tahun, iaitu dari 2007 hingga 2o37.

Tambahnya, sebarang usaha untuk meningkatkan nilai aset LTSAAS tidak akan melibatkan penjualan hartanah.

“Kementerian Kewangan menasihatkan agar berita palsu seperti ini tidak disebarkan. Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas pihak yang berbuat demikian,” katanya.

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

64  +    =  73