Tiada pengumuman barisan Kabinet hari ini – Pejabat PM

 Tiada pengumuman barisan Kabinet hari ini – Pejabat PM

KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Pejabat Perdana Menteri pada Khamis mengesahkan tiada sebarang pengumuman dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung pelantikan jemaah kabinet yang baharu.

Ismail Sabri Yaakob tiba di pejabatnya, di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada jam 3.38 petang.

Pada pagi Khamis, Ismail Sabri tiba di Istana Abdulaziz kira-kira jam 10.53 pagi, sebelum diikuti Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sekitar jam 11.30 pagi.

Ismail Sabri Yaakob selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz, pada jam 1.38 petang Khamis.

Pertemuan berlangsung selama 1 jam 30 minit  itu bagi mempersembahkan senarai nama jemaah kabinet untuk mendapat perkenan Seri Paduka Baginda.

 

Muhammad Iqhwan Hakim Abdullah

iqhwan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  8