‘Tiada masalah dilantik EXCO atau sebaliknya’ – ADUN Klebang’

 ‘Tiada masalah dilantik EXCO atau sebaliknya’ – ADUN Klebang’

Lim Ban Hong terima keputusan jika dilantik EXCO atau sebaliknya

MELAKA, 25 Nov – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) tidak mempunyai masalah untuk berkhidmat untuk kerajaan negeri sekiranya diberi peluang untuk membarisi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO).

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Indusri berkata, beliau menerima apa jua keputusan sama ada di peringkat pusat dan negeri untuk menentukan kedudukannya kerana kedua-dua peringkat itu mempunyai fungsi sama iaitu berkhidmat untuk rakyat.

Justeru katanya, tiada keperluan untuk membincangkan mengenai jawatan pada ketika ini kerana semua pihak perlu menghormati keputusan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan kepimpinan parti Barisan Nasional (BN).

“Saya pasti akan ada pengumuman dalam masa terdekat dan buat masa ini sebagai ADUN kita telah mula jalankan tugas dan akan lakukan yang terbaik kerana mandat yang diberi rakyat sentiasa menjadi keutamaan.

“Namun, saya menerima apa jua keputusan dan serahkan sepenuhnya kepada Ketua Menteri dan kepimpinan parti.

“Namun, saya menerima apa jua keputusan dan serahkan sepenuhnya kepada Ketua Menteri dan kepimpinan parti,” katanya.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai kejayaan MCA merampas semula dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, beliau berkata, kememangan itu disifatkan sebagai satu amanah dan kepercayaan besar oleh rakyat negeri ini.

“Bukan sahaja UMNO, tetapi MCA dan MIC juga telah diberi kepercayaan untuk menerajui negeri Melaka dan dan saya yakin kepercayaan ini akan dibalas sebaik mungkin terutama dalam membantu pemulihan ekonomi pasca COVID-19.

“Apapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi di Melaka yang memberikan sokongan kepada BN yang ternyata merangkumi suara semua kaum dalam negeri ini,” katanya lagi.

Azlan Abdollah

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5  +  5  =