Tiada laporan mengenai audio dikatakan perbualan Ahmad Zahid, Anwar

 Tiada laporan mengenai audio dikatakan perbualan Ahmad Zahid, Anwar

ARAU, 8 April — Rakaman audio perbualan didakwa mirip suara Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PKRĀ Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tersebar, hanya akan disiasat sekiranya terdapat laporan dibuat mengenainya.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, pada masa ini pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mahupun CyberSecurity Malaysia, belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan (kiri) menerima menghadap Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah dan delegasi di Istana Arau di sini

ā€œKita tunggu, kalau ada laporan dibuat, biasanya kes-kes seperti ini akan disiasat di bawah CyberSecurity, setakat saya tahu belum ada laporan dibuat kepada kami…tak semudah itu (untuk mengambil tindakan kepada penyebar), kalau ada laporan kita akan siasat,ā€Ā katanya kepada pemberita sebelum majlis mengadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail, di Istana Arau di sini hari ini.

Saifuddin diminta mengulas mengenai rakaman audio berdurasi 4 minit 17 saat yang tular dalam media sosial, yang antara lain memaparkanĀ suara mirip Anwar memuji ucapan Ahmad Zahid dalam Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lepas, menerusi panggilan telefon.

Dalam pada itu, mengenai kunjungan hormat beliau mengadap Raja Perlis itu, Saifuddin berkata antara topik yang dibincangkan bersama Tuanku Syed Sirajuddin ialah berkaitan kesalinghubungan internet dan perkembangan ekonomi digital.

ā€œSaya mendapat maklum Tuanku Raja Perlis memang sangat berminat bukan saja soal kesalinghubungan, tetapi juga kemajuan Perlis dari segi ekonomi digital,ā€Ā katanya.

Saifuddin berkata, beliau juga memohon titah nasihat daripada baginda mengenai perkara yang boleh ditambah baik di Perlis, terutama hal-hal yang menjadi tanggungjawab kementerianĀ itu dan agensi di bawahnya.

 

 

 

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

  −  1  =  2