Tiada kompromi bawa mereka yang bersalah dalam 1MDB ke muka pengadilan

 Tiada kompromi bawa mereka yang bersalah dalam 1MDB ke muka pengadilan

KUALA LUMPUR, 4 Mac  — Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam menegakkan keadilan dan memastikan individu yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus didakwa di mahkamah.

Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata penyelesaian dengan Deloitte baru-baru ini adalah sebahagian daripada usaha tuntutan kerajaan yang berterusan terhadap semua pihak yang terlibat, secara langsung atau tidak langsung, dengan 1MDB dan entiti yang berkaitan dengannya.

Penyelesaian dengan Deloitte merupakan penyelesaian berkaitan 1MDB yang terbesar oleh firma audit di Asia Tenggara yang mana Deloitte bersetuju dengan penyelesaian RM324 juta untuk menyelesaikan semua tuntutan yang berkaitan dengan kewajipan fidusiari mereka semasa mengaudit akaun 1MDB dan SRC International Sdn Bhd untuk tempoh 2011- 2014

“Penyelesaian terbaharu ini bermanfaat bagi rakyat Malaysia. Penyelesaian perkara ini melalui sistem mahkamah akan melibatkan masa dan sumber kewangan yang banyak.

“Dengan penyelesaian ini, pembayaran jumlah tersebut akan dipercepatkan, dan tidak akan tertangguh melalui sistem pengadilan mahkamah yang akan memakan masa,” kata Tengku Zafrul semasa membentangkan laporan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi Stimulus Ekonomi Antara Agensi Nasional (LAKSANA) ke-43 hari ini.

Menteri Kewangan itu berkata jumlah penyelesaian ini juga dapat digunakan untuk melangsaikan kewajiban tertunggak 1MDB.

Beliau berkata penyelesaian global ini juga tidak akan mempengaruhi atau menjejaskan tuntutan Malaysia terhadap individu seperti Jho Low, Jasmine Loo dan pihak-pihak lain yang berkaitan, dan yang masih giat dicari berkaitan dengan skandal 1MDB.

Bernama

bernama@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

6  +  3  =