Tiada kes radang jantung vaksin COVID-19 mRNA  – KKM

 Tiada kes radang jantung vaksin COVID-19 mRNA  – KKM

KUALA LUMPUR, 22 Jun — Tiada laporan kes miokarditis dan perikarditis susulan penggunaan vaksin COVID-19 jenis Messenger Asid ribonukleik (mRNA).

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata penggunaan vaksin itu dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak terjejas.

Tambah beliau, manfaat semasa bagi pemberian vaksin berkenaan melebihi risikonya.

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) sudah menjalankan penilaian risiko ke atas isu keselamatan berkenaan, berdasarkan maklumat diperoleh daripada badan regulatori dan rujukan antarabangsa.

“Hanya satu jenis vaksin mRNA, iaitu Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech diluluskan pendaftaran bersyarat di Malaysia” katanya.

Miokarditis merupakan radang pada otot jantung, manakala perikarditis ialah radang pada lapisan luar jantung. Gejala dikaitkan dengan miokarditis atau pericarditis termasuklah sakit dada, perubahan pada kadar degupan jantung serta kesukaran bernafas.

“Sejumlah 2,793,826 vaksin Comirnaty diberikan kepada penduduk Malaysia, membabitkan sebanyak 1,676,959 dos pertama dan 1,116,867 dos kedua, sehingga Ahad lalu.

Sementara itu, Menteri Penyelaras Program Vaksinasi Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata Program Vaksinasi Kebangsaan semakin mendapat sambutan dengan purata pemberian vaksin sepanjang minggu lepas meningkat dengan jumlah 189,329 berbanding minggu sebelumnya 130,842.

Beliau turut berkata, mesyuarat JKJAV minggu ini akan putuskan kaedah penggunaan vaksin keluaran Pfizer untuk golongan remaja.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  3