Tiada kes positif di PPV Adda Height – Pengarah Kesihatan Johor

 Tiada kes positif di PPV Adda Height – Pengarah Kesihatan Johor

Jabtan Kesihatan Johor menafikan terdapat kes tiga warga Bangladesh yang positif COVID-19 mengambil suntikan vaksin di PPV Adda Height seperti tular dalam media sosial.

JOHOR BAHRU, 2 Sept — Tiada kes positif COVID-19 dikesan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat Adda Height, di sini seperti yang tular dalam media sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor (JKNJ), Datuk Dr. Aman Rabu berkata, mesej terbabit adalah tidak benar dan tiada laporan tiga warga Bangladesh positif COVID-19 dikesan mengambil vaksin di PPV terbabit.

“Berita ini tidak benar menurut laporan daripada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Johor Bahru.

“Tiada tiga warga Bangladesh yang positif COVID-19 dikesan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mesej tular itu meminta orang ramai yang pergi ke PPV berkenaan supaya berhati-hati kerana minggu lalu terdapat tiga warga Bangladesh yang mengambil vaksin positif COVID-19.

Mesej itu turut menyatakan PPV berkenaan juga tidak ditutup untuk proses sanitasi awam dan tidak selamat dikunjungi.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

66  +    =  68