Tiada kes libat varian Omicron di Malaysia setakat ini – KKM

 Tiada kes libat varian Omicron di Malaysia setakat ini – KKM

KUALA LUMPUR, 29 Nov — Kementerian Kesihatan hari ini menafikan bahawa varian baru Covid-19, Omicron telah dikesan di Perak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, negara masih belum mengesan kes baharu varian berkenaan di Malaysia.

“Tidak benar. Tiada kes melibatkan varian berkenaan dikesan di Malaysia,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Dr Noor Hisham mengulas mesej tular yang mendakwa virus Omicron telah dikesan di Perak dan menggesa semua pihak supaya berhati-hati.

WHO melaporkan pertama kali pada 24 Nov lalu kes varian Omicron pertama dari Afrika Selatan dan telah ditemui di negara lain di luar Afrika, termasuk Belgium, Hong Kong, Britain, Jerman, Itali dan Israel.

Kementerian Kesihatan pada 26 Nov lalu tidak lagi membenarkan pelancong yang mempunyai sejarah perjalanan dari Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Afrika Selatan dan Zimbabwe untuk memasuki Malaysia.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

91  −    =  83