• Sunday, 20 June 2021, 12:19 pm

Tiada kertas cadangan rasmi pengambilalihan Lapangan Terbang Subang diterima – Zambry

 Tiada kertas cadangan rasmi pengambilalihan Lapangan Terbang Subang diterima – Zambry

KUALA LUMPUR, 28 Mei – Malaysia Airports Holdings Bhd memaklumkan tiada kertas cadangan rasmi diterima daripada pihak kerajaan atau swasta berhubung pengambilalihan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang (LTSAAS Subang) seperti yang tular sebelum ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata Malaysia Airports telah mengambil inisiatif memberi taklimat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kedudukan terkini LTSAAS Subang serta perancangan tersedia di bawah pelan ā€œSubang Airport Regenerationā€, baru-baru ini.

“Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa sebarang cadangan pembangunan berkaitan lapangan terbang akan dirujuk terlebih dahulu kepada pihak Malaysia Airports selaku pemegang taruh utama bagi pihak kerajaan.

“Lantaran itu, kami menaruh keyakinan dengan komitmen Perdana Menteri dalam memastikan LTSAAS Subang kekal sebagai aset strategik dan keselamatan negara,” katanya menerusi satu kenyataan susulan mesyuarat ahli lembaga pengarah yang dijalankan hari ini.

Zambry berkata Malaysia Airports berkeyakinan bahawa cadangan dan pandangan yang dikemukakan bagi mengekalkan LTSAAS Subang sebagai sebuah pusat penerbangan dan aeroangkasaĀ adalah selaras dengan pelan ā€œSubang Airport Regenerationā€ yang telah dirangka.

“LTSAAS Subang kini merupakan pusat MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan operasi) kedua terkemuka di Asia dan keempat di dunia,” tambahnya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *