Tiada kematian disebabkan vaksin COVID-19 – Khairy

 Tiada kematian disebabkan vaksin COVID-19 – Khairy

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin

 

PUTRAJAYA, 1 Sept — Tiada kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan disebabkan oleh penerimaan vaksin COVID-19 sejak Program Imunisasi COVID-19 (PICK) dijalankan sehingga kini.

Namun bagaimanapun, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, hanya 20.7 daripada 1,000 dos yang diberikan mempunyai reaksi ringan.

“Kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI), memastikan vaksin selamat dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang serius.

“Sejak program vaksinasi dilancar 24 Feb lalu sehingga 30 Ogos 2021, sebanyak 34,455,366 juta vaksin telah diberikan.

“Kadar keseluruhan laporan yang diterima pula adalah 0.53 daripada 1,000 dos dan daripada jumlah ini, 0.04 daripada 1,000 dos dikategorikan sebagai AEFI serius,” katanya dalam sidang media hari ini.

Khairy menjelaskan, kesan sampingan ringan yang dilaporkan termasuk sakit di bahagian suntikan, pening kepala dan kelesuan dalam kalangan penerima vaksin.

Bagaimanapun, menurut beliau, mereka yang mengalami kesan sampingan teruk pula hanya memerlukan tempoh rawatan yang singkat di hospital.

“Sehingga hari ini tidak ada satu kes kematian menunjukkan kaitan langsung dengan vaksinasi, tetapi untuk melegakan hati rakyat saya dah bincang dengan Ketua Pengarah Kesihatan, kita akan keluarkan data yang banyak bermula minggu hadapan,” katanya.

Setakat semalam, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) melaporkan seramai 15,032,301 individu bersamaan 64.2 peratus populari dewasa telah lengkap menerima vaksin COVID-19.

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  1  =  9