The Doctor sebak…

 The Doctor sebak…

Rossi akan berlumba kali terakhir di litar Misano. FOTO Twitter VR46

KUALA LUMPUR, 20 Okt –  Sebut saja Valentino Rossi atau VR46 pasti peminat dunia permotoran akan tersenyum lebar bercerita mengenai  karakter serta kehebatannya berlumba dalam Kejuaraan MotoGP di serata dunia.

Bagaimanapun, pelumba sensasi Itali digelar The Doctor itu akan berlumba pada penampilan terakhir kariernya di litar Misano, hujung minggu ini.

Bercakap kepada portal MotoGP, Rossi memberitahu perlumbaan di Misano sangat beremosi buat dirinya.

“Sudah tentu ia perlumbaan sangat istimewa buat saya di tempat sendiri dan saya berharap peminat Itali akan menikmati detik itu”.

Perlumbaan MotoGP Emilia-Romagna Ahad ini juga akan menandakan aksi juara dunia sembilan kali MotoGP itu mengakhiri perjalanan hebatnya berstatus legenda dengan  imej ‘flamboyant’ dalam kejuaraan lumba motosikal.

Dia adalah juara 125cc, 250cc, 500cc dan MotoGP.

Rossi membuat penampilan sulung di Batu Tiga, Shah Alam pada 1996 bersama motosikal Aprilia 125cc.

Bahkan sambutan hangat pasti dirasai apabila lebih 10,000 peminat dibenarkan menyaksikan perlumbaan di litar berhampiran Laut Adriatik itu.

Biarpun 2021 adalah musim terburuknya dalam MotoGP sepanjang 26 tahun karier, Rossi, 42, berjaya mengutip mata pada perlumbaan sebelum ini di COTA, Texas, Amerika Syarikat.

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *