The Beatles lebih diminati berbanding Rolling Stones

 The Beatles lebih diminati berbanding Rolling Stones

McCartney. FOTO Twitter

KUALA LUMPUR, 14 Okt – Paul McCartney melabel The Rolling Stones sebagai ‘kumpulan cover lagu blues’ dan mengatakan The Beatles adalah kumpulan yang lebih baik.

Pemuzik legenda yang juga pemain gitar bass kumpulan berasal dari Liverpool berusia 79 tahun itu berkata, kumpulannya ternyata lebih digemari dan mempunyai lebih peminat berbanding kumpulan rock ikonik itu.

Bercakap kepada majalah mingguan The New Yorker, Paul berkata: “Saya tidak pasti sama ada saya perlu mengatakannya atau tidak, mereka adalah kumpulan membuat cover lagu blues, itulah jenis Stones.

“Saya rasa penerimaan terhadap kami lebih meluas berbanding mereka.”

Dalam temuramah itu juga, Paul turut bercakap bagaimana The Beatles benar-benar keletihan dan terlalu penat selepas melakukan banyak jelajah pada 1966 sebelum mereka berpecah pada 1970.

“Ia seperti merebus sesuatu, dengan rasa berat memikul alat muzik dan membuat persembahan di dalam hujan dengan penuh bahaya kerana boleh terkena renjatan yang boleh membunuh, ” katanya.

“Ia seperti melihat kepada diri sendiri. Saya seorang pemuzik bukan anak patung dan orang boleh menjerit kepada saya sesuka hati.”

Paul sebelum ini pernah memberitahu wartawan muzik pada April 2020 beliau yakin The Beatles lebih baik secara keseluruhan berbanding The Rolling Stones.

“Mereka semua berakar umbi daripada blues,” kata McCartney. Apabila mereka (Stones) menulis muzik mereka, ia ada kena mengena dengan blues. Kami mempunyai lebih banyak pengaruh.”

“Terdapat banyak perbezaan dan saya suka Stones tetapi saya bersama anda. The Beatles lebih baik.”

Esme Johari Wahab

http://wacana.my

esme.johari@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *