TFC yakin keputusan positif dengan pemain muda

 TFC yakin keputusan positif dengan pemain muda

Kredit gambar FB TFC

Oleh Iqhram Ahmad 

KUALA TERENGGANU, 1 Mac — Terengganu FC (TFC) yakin akan mendapat keputusan positif dalam perlawanan pertama Liga Super menentang UiTM FC di Stadium UiTM Shah Alam, walaupun dibarisi dengan ramai pemain muda.

Nafuzi Zain, Jurulatih TFC

Pengendali TFC Nafuzi Zain berkata, kesemua anak buahnya telah bersiap sedia mempamerkan aksi terbaik Sabtu ini walaupun beliau masih lagi dalam proses mencongak kesebelasan utamanya.

“Harapan saya pastinya bawa keputusan positif apabila bertandang ke tempat lawan, musim lepas perlawanan pertama kita tuan rumah pun kita kalah 1-3 (menentang Perak) jadi kami harap pemain beri yang terbaik kali ini.

“Setakat ini saya masih dalam proses memilih kesebelasan utama tetapi saya yakin semua pemain sudah bersedia sama ada pemain tempatan atau import. Kita pun perlu nilai terlebih dahulu keupayaan UiTM FC untuk kita letakkan pemain yang sesuai dan terbaik,” katanya

Beliau turut mengakui sehingga kini masih lagi mencari calon yang layak dan sesuai untuk menggalas tanggungjawab sebagai kapten skuad Penyu dan akan menilai melalui beberapa perlawanan persahabatan.

“Sekarang pun kita sering bertukar-tukar kapten dalam beberapa perlawanan persahabatan sebelum ini jadi. Keputusan akhir akan dibuat sebelum malam Sabtu ini, selepas berbincang dengan pihak pengurusan,” katanya.

 

 

 

 

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  24  =  25