Teruja lihat wajah anak buah sendiri – ibu saudara Rauf Yusoh

 Teruja lihat wajah anak buah sendiri – ibu saudara Rauf Yusoh

TANJUNG BIDARA – “Saya teruja untuk mengundi hari ini kerana anak saudara saya (Datuk Seri Ab Rauf Yusoh) menjadi calon di sini.

“Alhamdulillah, mak cik dah selesai mengundi, agak teruja untuk keluar hari ini kerana anak saudara sendiri menjadi calon Barisan Nasional (BN).

“Kita serah kepada Allah dan mendoakan yang terbaik buat dia (Ab Rauf),” katanya secara ringkas.

Begitulah ujar Sedah Kassim yang berusia 85 tahun, hadir seawal jam 9 pagi dengan berkerusi roda ke Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, di sini.

Menurutnya, keterujaannya bertambah tinggi disebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ini adalah kali pertama anak saudaranya itu dicalonkan sebagai calon Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara.

Ab Rauf yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka bertentang oleh calon ‘heavyweight’ daripada Perikatan Nasional (PN) iaitu Datuk Mas Ermieyati Shamsudin bagi merebut kerusi DUN Tanjung Bidara.

Mas Ermieyati turut dicalonkan sebagai calon Ketua Menteri jika PN berjaya menawan Melaka.

Mereka turut ditentang oleh calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  64  =  65