• Sunday, 20 June 2021, 12:24 pm

Terperangkap empat hari di bilik atas

 Terperangkap empat hari di bilik atas

MUAR, 11 Jun – Seorang warga emas terperangkap selama empat hari di tingkat atas Kedai Emas Khu Hey, Jalan Sisi di sini dipercayai sejak Isnin lalu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, Pegawai Bomba Kanan II Noralfatah Omar berkata, pihaknya menerima aduan kecemasan berkenaan wanita itu, Chong Wan Jin, 80, pada jam 4.37 petang semalam.

Susulan itu, 13 anggota dengan sebuah jentera Light Fire Rescue Tender (LFRT), satu Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS serta tiga unit Rapid Intervention Motorcycle (RIM) dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba menyelamatkan seorang wanita warga emas yang terperangkap dalam sebuah bilik di tingkat atas Kedai Emas Khu Hey, Jalan Sisi, Muar, semalam.

“Pihak bomba terpaksa memecahkan pintu menggunakan ‘crowbar’ dan ‘circular saw’. Setelah membuat pencarian, mangsa telah dijumpai di bilik tingkat satu bangunan tersebut.

“Warga emas itu ditemukan dalam keadaan lemah akibat terjatuh katil. Tindakan operasi membawa mangsa turun menggunakan pengusung dan menyerahkannya kepada ambulans yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Difahamkan mangsa tinggal seorang diri di situ dan operasi tamat pada jam 5.13 petang.

Nurman Nasyriq

http://wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *