Terowong Gaza runtuh, tiga ditemui mati

 Terowong Gaza runtuh, tiga ditemui mati

Gambar file keadaan didalam terowong di Gaza – Foto Reuters

GAZA, 4 Sept –Tiga mayat rakyat Palestin ditemui semalam susulan kejadian runtuhan terowong bawah tanah dari selatan Semenanjung Gaza ke Mesir kelmarin, menurut pihak berkuasa di kawasan dikuasai pejuang Hamas.

“Pasukan pertahanan awam menemui tiga mayat di bawah runtuhan berhampiran sempadan, selatan Rafah,” menurut jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Iyad al-Bozom dalam satu kenyataan.

Menurut maklumat yang diterima dari pihak berkuasa Palestin, dua pemuda bernama Visam Ayyad, 22, dan Isa Abu al-Hasum, 25, dan seorang lagi yang belum dikenal pasti hilang malam tadi ketika mereka berada di terowong berhampiran bandar Rafah di selatan terjauh dari Jalur Gaza.

Mayat ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Abu-Yousef Al-Najjar untuk urusan pengebumian.

Israel mendakwa jaringan terowong dibina di bawah sempadan dengan Mesir untuk membolehkan Hamas yang disokong Iran dan sekutunya menyeludup senjata.

Warga Palestin berkata terowong itu adalah laluan untuk untuk masuk dan keluar dari kawasan kepungan yang berada di bawah sekatan Israel sejak 2007.

Mesir yang berdepan pemberontakan di Semenanjung Sinai berdekatan dengan Gaza memusnahkan ratusan terowong sejak 2013, walaupun beberapa masih digunakan untuk penyeludupan, menurut sumber Palestin.

Israel turut memusnahkan terowong antara Gaza dan wilayahnya sendiri.

Sepanjang konflik 11 hari dengan kumpulan bersenjata di kawasan kepungan pada Mei, Israel mengakui sasaran utama adalah rangkaian terowong ‘metro’ yang membolehkan pejuang Hamas melancarkan ribuan roket. — Reuters

suraya ali

suraya@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  52  =  62