Terkini, panas, sensasi – Bual bicara istimewa ‘Bersama Wan Saiful’

 Terkini, panas, sensasi – Bual bicara istimewa ‘Bersama Wan Saiful’

KUALA LUMPUR, 11 Sept — Ramai yang tidak menyangka bahawa Datuk Wan Saiful Wan Jan memiliki bakat menjadi hos program bual bicara pertamanya!

Program yang diberi nama ‘Bersama Wan Saiful’ terbitan Wacana.my itu antara lain menampil tokoh-tokoh terkenal yang berbicara tentang pelbagai isu dan bidang berbeza sama ada politik, ekonomi, kesihatan, sosial mahupun industri kreatif yang berlaku dalam negara.

Sebelum ini, Wan Saiful lebih dikenali sebagai tokoh pemikir di Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).

Kemudian, menyertai politik sebagai Ketua Penerangan BERSATU Malaysia.

“Ini kali pertama saya ditawar peluang menjadi hos oleh Wacana.my. Sebelum ini, saya menjadi tetamu dalam program bual bicara sahaja.

“Banyak topik yang bagus untuk dibincangan dalam suasana sosiopolitik semasa negara di mana tidak ramai yang bercakap dan bincangkan.

“Harap program ini boleh menyumbangkan dalam pembinaan budaya politik yang sihat dan memartabatkan keilmuan untuk masyarakat dan negara,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Antara cabaran utama, kata Wan Saiful, untuk memastikan perbincangan adalah matang dan sihat di samping topik menarik yang relevan, panas dan sensasi untuk tontonan penonton.

Bagaimanapun, Wan Saiful tetap positif dalam memastikan dirinya sentiasa dapat menyesuaikan diri menjadi seorang hos program dalam episod-episod akan datang.

“Kalau jadi panel, saya boleh bercakap apa yang saya nak sampaikan.

“Bila jadi hos, saya kena belajar macam mana nak tanya soalan supaya dapat mencungkil pandangan-pandangan bernas daripada tetamu. Itu kemahiran berbeza yang saya kena belajar dengan cepat,” katanya yang juga Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Rancangan ini akan menampilkan panel jemputan berbeza yang berkemahiran dan berpengalaman dalam bidang dan topik yang dibincangkan dalam setiap episod terbitan.

Ikuti rancangan ‘Bersama Wan Saiful’, bermula dengan episod pertama pada Ahad, 12 September 2021, jam 9 malam.

Tontoni secara dalam talian di Facebook Wacana.my dan Facebook Wan Saiful Wan Jan.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  50  =  57