Terima kasih PM bantu kami -mangsa banjir

 Terima kasih PM bantu kami -mangsa banjir

Oleh MOHD HAIQAL RAMLI

MASJID TANAH 13 Jan – Lima sekeluarga mangsa banjir yang menerima sumbangan pembaikan rumah, mengucapkan syukur kepada Allah dan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.


Ini kerana tanpa bantuan itu mustahil untuk mereka membina semula kediaman yang sudah musnah dibawa arus deras banjir besar pada 18 Disember lalu.


Zainudin Chambate, 46, berkata dengan pendapatan kecil beliau hanya mampu menyimpan rasa sedih melihat rumah ibunya tinggal tiang sahaja.

Zainudin memerhatikan pekerja menjalankan kerja pembaikan rumah ibu yang dihanyutkan arus deras banjir di Kampung Pengkalan Pauh, Lubok Cina dekat Masjid Tanah.

“Tanpa bantuan PM, kami sekeluarga tidak tahu di mana hendak menumpang tidur, tidak tahu siapa lagi boleh terima kami ketika ini semua orang susah, ” katanya ketika ditemui Wacana.my ketika ditemui di kediamannya di Kampung Pengkalan Pauh, Lubok Cina dekat sini hari ini.

Pengawal keselamatan sekolah itu menceritakan kembali pengalaman ketika berdepan banjir, air naik terlalu cepat jam 5 pagi pada 18 Disember lalu tetapi saya sempat membawa isteri, Mazilah Daud, 45, dan tiga anak berusia antara 11 hingga 18 tahun menyelamatkan diri.

Zainudin Chambate


“Setengah jam kemudian kami menyaksikan rumah ibu atau rumah atas yang diperbuat daripada papan dihanyutkan arus deras dan yang tinggal hanya ruang tamu dan dua bilik yang diperbuat daripada batu,” katanya.


Zainudin adalah seorang daripada 24 mangsa banjir yang menerima sumbangan pembaikan rumah bernilai RM15,000 melalui Bantuan Banjir Keluarga Malaysia yang dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) melalui Pejabat Pembangunan Negeri Melaka.


Ia berikutan kemusnahan keseluruhan rumah ibu milik Mazilah dalam banjir berkenaan yang turut menyebabkan kerosakan pada 23 rumah lain di beberapa kampung sekitar Lubok Cina.


Antara kampung yang terbabit ialah Kampung Telok Berembang, Sungai Siput dan Sungai Jernih.


Zainudin berkata, hanya pada jam 5 petang, 19 Disember lalu dia dan anggota keluarga pulang ke kediaman itu selepas banjir surut dan amat sedih menyaksikan rumah ibu sudah tiada.


“Yang tinggal hanyalah sisa papan yang terdampar pada lumpur, selain tiang kayu yang masih terpacak,” katanya.


Katanya, sejak menghuni rumah berkenaan selepas berhijrah dari Kuala Lumpur pada 2012, ia adalah banjir terburuk dialaminya.


Dia berkata, sebelum ini ada berlaku banjir tetapi air hanya naik setinggi kira-kira 0.3 meter dan banjir pada 18 Disember lalu turut menyebabkan dia terpaksa menumpang tidur di pusat pemindahan sementara (PPS).


Pengarah ICU Melaka, Megat Azlani Megat Ramli dilaporkan berkata, selain 24 rumah yang dijalankan kerja pembaikan, tiga rumah mangsa banjir dibina semula dengan peruntukan RM56,000 seunit.

Tun Puteh Wanti

sangratu@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

88  −  79  =