“Terima kasih PM atas kepercayaan yang diberikan”

 “Terima kasih PM atas kepercayaan yang diberikan”

Shahril Suffian Hamdan

KUALA LUMPUR, 13 Okt — “Terima kasih PM Ismail Sabri atas kepercayaan yang diberikan,” kata Ketua Penerangan UMNO, Shahril Suffian Hamdan yang dilantik sebagai Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri.

Dalam satu kenyataan, Shahril juga menzahirkan penghargaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas restunya.

“Saya akan laksana tugas sebaik mampu membantu pasukan ekonomi yang sedia ada dan cuba menyumbang ke arah pemulihan ekonomi makro dan rakyat,” katanya.

Shahril merupakan lepasan jurusan Ekonomi di University of Manchester dan belajar peringkat sarjana dalam bidang Etnik Kaum dan Kajian Pasca-kolonial di London School of Economics and Political Science.

Pelantikan Shahril itu mendapat pelbagai reaksi positif di media sosial selain ramai yang turut meraikan pelantikannya itu.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *