Terima Kasih DBKL, sambung talian hayat penjaja

 Terima Kasih DBKL, sambung talian hayat penjaja

KUALA LUMPUR, 11 Januari 2022 – Lesen Sementara KL Prihatin dibawah inisiatif Wilayah Bebas Niaga tamat pada 31 Disember 2021, kini dilanjutkan sehingga Jun 2022.

Pusat Penjaja sekitar Kuala Lumpur

Inisiatif ini adalah untuk membantu meringankan para penjaja di sekitar Kuala Lumpur yang terkesan dengan PKP dan bencana baru baru ini.

Wacana.my membuat tinjauan di Pusat Penjaja sekitar Kuala Lumpur mendapati mereka yang ekonomi terkesan amat bersyukur dengan inisiatif ini.

Intan Zulhijah, 42, berkata dia berterima kasih dengan inisiatif yang disediakan Kementerian Wilayah Persekutuan.

“Saya hampir putus asa apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dan semua penjaja tidak dibenarkan berniaga.

“Hutang bertambah, tunggakan sewa tak terbayar tambah pula kerajaan tak melanjutkan moratorium bank. Rakyat benar-benar tertekan dan tak mustahil ramai bunuh diri.

“Syukur apabila KWP dan DBKL lanjutkan bantuan ini untuk penjaja, rasa bernafas kembali.

“Kalau boleh nak dilanjutkan lagi sampai ekonomi kita betul betul pulih” katanya.

Seterusnya, perkongsian dari Asri Daud, 52, juga bersyukur dengan keistimewaan yang diberikan kepada peniaga bebas.

Penjaja bebas sekitar Kuala Lumpur

“Saya sangat bersyukur kepada DBKL, ye lah jika kita lihat terlalu banyak sekatan tak bagus untuk ekonomi berkembang.

“Apabila DBKL melanjutkan lagi Lesen Sementara Prihatin ini, amat membantu peniaga kecil-kecilan seperti kami, bukannya untung berjuta-juta jadi tak sepatutnya banyak sekatan dibuat, teruskan sehingga tahun depan, kerajaan tak rugi pun,” katanya.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  10  =  11