Tengku Zafrul sangkal keraguan sektor swasta laksana, bina rangkaian 5G

 Tengku Zafrul sangkal keraguan sektor swasta laksana, bina rangkaian 5G

KUALA LUMPUR, 25 Nov — Tengku Zafrul menyangkal keraguan mengenai kecekapan sektor swasta dalam melaksanakan dan menyediakan perkhidmatan membina rangkaian 5G.

Beliau berkata mengimbau kembali usaha sektor swasta dalam membangunkan kapasiti 5G negara, usaha untuk berkongsi rangkaian, menjimatkan kos dan melancarkan 5G tidak berlaku seperti yang diharapkan disebabkan perbezaan kepentingan dalam kalangan operator rangkaian mudah alih.

Memandangkan pentingnya keterhubungan dan ekonomi digital buat negara, kerajaan telah mengambil tindakan tegas pada Februari 2021 dengan mengumumkan inisiatif MyDIGITAL dengan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia, katanya.

“Antara tindakan utama yang diambil di bawah MyDIGITAL adalah penubuhan sebuah syarikat tujuan khas yang dinamakan Digital Nasional Bhd (DNB) untuk melaksanakan 5G dengan lebih pantas dan inklusif untuk seluruh Keluarga Malaysia, berasaskan model pemulihan kos,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Khamis.

Beliau berkata mengimbau kembali usaha sektor swasta dalam membangunkan kapasiti 5G negara, usaha untuk berkongsi rangkaian, menjimatkan kos dan melancarkan 5G tidak berlaku seperti yang diharapkan disebabkan perbezaan kepentingan dalam kalangan operator rangkaian mudah alih.

Dari segi implikasi kewangan, syarikat telekomunikasi mungkin lebih mengutamakan pelaksanaan 5G yang tidak terbuka kepada semua pengendali rangkaian mudah alih untuk mengekalkan kedudukan keuntungan mereka, katanya.

“Sebaliknya model yang diguna pakai oleh DNB akan mendorong syarikat telekomunikasi bersaing dari segi harga, produk dan perkhidmatan, kerana mereka telah jimat dari segi modal penyediaan infrastruktur yang telahpun disediakan oleh DNB,” katanya.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *