Tempoh 100 hari terlalu lama untuk lihat perubahan

 Tempoh 100 hari terlalu lama untuk lihat perubahan

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengkritik keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahukan setiap kementerian membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Beliau berkata, tempoh diberikan Ismail Sabri itu merupakan jangka masa terlalu lama untuk melihat perubahan dalam menangani pandemik Covid-19 kerana ia boleh menyebabkan lebih banyak lagi nyawa terkorban.

“Malaysia tidak mampu menunggu 100 hari untuk perubahan dalam pengurusan pandemik Covid-19.

“Cabaran di sini bukan untuk menunjukkan hasil dalam 100 hari seperti ditetapkan oleh Perdana Menteri kerana 100 hari adalah jangka masa terlalu lama dalam konteks wabak yang terus berkembang pesat sehingga boleh menyebabkan lebih banyak nyawa hilang dengan sia-sia.

“Justeru, perlu ada pertimbangan mendesak untuk melakukan perubahan tersebut dalam waktu sesingkat mungkin,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Sebelum ini, Ismail Sabri ketika mengumumkan barisan kabinet baharu berkata, beliau mahu setiap kementerian perlu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama.

Katanya, barisan kabinet perlu membuat perancangan jangka pendek dan panjang serta mencapai sasaran ditetapkan.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  −  2  =  6