Dana Wakaf Air bekal air rakyat

 Dana Wakaf Air bekal air rakyat

Mohd Zakhwan (kanan) meninjau kerja penyelenggaraan tangki telaga tiub di Felda Sungai Retang, hari ini.

Oleh Amir Hamzah Nordin

JERANTUT : Setiap kali tiba sambutan musim perayaan, cuti persekolahan dan musim kemarau, khususnya kira-kira 100 buah rumah di kawasan Jalan Jengkuar dan Jalan Silang di Felda Sungai Retang dekat sini, sering mengalami gangguan bekalan air.

Situasi ini menyebabkan banyak rumah di kawasan itu memasang beberapa tangki tambahan bersaiz besar di rumah masing-masing sebagai bekalan simpanan air bila tiba kejadian bekalan air terganggu.

Mohd Zakhwan (kanan) meninjau kerja penyelenggaraan tangki telaga tiub di Felda Sungai Retang, hari ini.

Setelah bertahun-tahun, akhirnya masalah bekalan air penduduk akan selesai apabila Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) menyediakan projek telaga tiub (Tubewell boring) yang dijangka membekalkan air bersih di Felda tersebut pada masa terdekat ini.

Seorang penduduk Felda tersebut, Mohd. Nazri Abdullah berkata, dia serta penduduk di lorong berkenaan amat bersyukur dan berterima kasih dengan usaha Menteri KASA dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang cakna dengan masalah bekalan air yang kerap terganggu berlaku di situ dalam tempoh yang agak lama.

“Ini berpunca loji air berdekatan Felda ini belum dinaiktaraf dan kami sering terputus bekalan air khususnya pada musim kemarau dan musim sambutan perayaan selain mengalami tekanan rendah di kawasan penempatan di kawasan agak tinggi sejak lebih 10 tahun lalu.

“Diharapkan projek telaga tiub ini sebagai pilihan terbaik KASA sambil berharap kerajaan negeri menaiktaraf loji berdekatan dengan segera untuk kemudahan bekalan air yang sempurna sebagai perancangan jangka panjang untuk pada masa depan,” katanya di Felda Sungai Retang dekat sini hari ini.

Telaga tiub yang siap dipasang bakal memberi bekalan air khisus penduduk di Jalan Jengkuar dan Jakan Silang kerap menghadapi gangguan bekalan air.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tahan, Mohd. Zakhwan Ahmad Badarddin yang hadir meninjau kerja penyelenggaraan telaga tiub berkata, projek tersebut menggunakan Dana Wakaf Air (DWA) yang boleh menampung tangki simpanan air berkapasiti 3,000 gelen (11,355 liter).

“DWA ini diperkenalkan oleh Menteri KASA, Tuan Ibrahim Tuan Man dan SPAN serta banyak pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini.

“Selain itu, projek seperti ini turut dibina di Kampung Batu Balak, Kuala Tembeling dan Kampung Tanah Pindah Bukit Mat Daling, Ulu Tembeling berikutan penduduk di situ berdepan masalah bekalan air sejak sekian lama,” katanya

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

21  +    =  24