TEKUN sedia RM4 juta bantu peniaga kecil di Johor

 TEKUN sedia RM4 juta bantu peniaga kecil di Johor

Oleh Nurman Nasyriq

JOHOR BAHRU, 7 April – Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (TEKUN) menyediakan peruntukan RM4 juta pada tahun ini untuk peniaga kecil membuat pembiayaan di bawah Skim Pembiayaan Informal (SPIN).

Fairuz Mohd Yatim

Ahli Lembaga Pemegang Amanah Tekun Nasional, Fairuz Mohd Yatim berkata, dana pembiayaan itu untuk membantu kira-kira 200 usahawan kecil yang tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Setakat ini, kira-kira 50 usahawan kecil di seluruh Johor sudah membuat pembiayaan dengan TEKUN melibatkan jumlah RM250,000 sejak awal tahun ini.

“Mereka antaranya dari kawasan pusat bandar seperti di Johor Bahru, Iskandar Puteri dan Ledang,” katanya selepas Taklimat Pembiayaan Niaga TEKUN dan Pemasaran Produk Menjelang Musim Perayaan di Pusat Komuniti Bijak Larkin, di sini hari ini.

Justeru, beliau mahu lebih ramai usahawan kecil membuat pembiayaan menerusi skim tersebut supaya pihak TEKUN dapat membantu mereka dengan kadar faedah hanya 4 peratus dikenakan.

Katanya, tempoh bayaran pinjaman adalah selama tiga tahun dan mereka hanya perlu menyediakan empat dokumen untuk kelulusan SPIN dengan syarat sudah memiliki perniagaan walaupun kecil.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IKSSmart, Nazlin Said Ismail berkata, pihaknya akan membantu pengusaha kecil terbabit untuk memasarkan produk mereka di AEON Mall Terbrau City dan AEON Mall Taman Universiti di sini, sebagai permulaan.

Nazlin Said Ismail

“Kita akan bantu 50 usahawan terlebih dahulu yang akan memasarkan produk mereka seperti kuih raya di dua AEON Mall tersebut pada minggu kedua Ramadan tahun ini. Mereka akan dibayar dalam tempoh seminggu berbanding pembayaran 90 hari di tempat lain,” katanya.

Konsep pemasaran itu diperkenalkan selepas pandamik COVID-19 melanda dan menjejaskan ekonomi serta pendapatan usahawan tempatan.

Katanya, IKSmart adalah sebuah syarikat milik Bumiputera menyediakan platform promosi dan pemasaran berkonsepkan kiosk yang menyediakan ruang produk dan mempromosikan secara terus kepada pelanggan di pusat beli-belah.

“Antara perkhidmatan IKSmart Kiosk ialah seperti ruang produk, hari promosiĀ  ushawan berjadual, wakil jualan produk, risalah bulanan produk untuk agihan kepada pelanggan, penghantaran dan platform online percuma selama setahun bernilai RM300,” katanya.

Mereka yang berminat membeli produk usahawan tempatan menjelang musim perayaan boleh kunjungi outlet IKSSmart di AEON Mall Taman Universiti yang akan bermula pada 26 April 2021 atau tempah dan beli menerusiĀ  www.iksmart.com.myĀ dan penghantaran boleh dibuat kepada anda melalui rakan strategikĀ  penghantaran IKSMart iaitu Bestride.

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

9  +  1  =