Tekong darat, 2 ‘transporter’, 4 PATI ditahan dalam kebun sawit

 Tekong darat, 2 ‘transporter’, 4 PATI ditahan dalam kebun sawit

Empat PATI ditahan termasuk seorang bayi berusia tujuh bulan dan warga tempatan dalam operasi di sebuah kebun kelapa sawit di Iskandar Puteri, malam semalam

ISKANDAR PUTERI  – Pergerakan sebuah kereta dalam keadaan mencurigakan yang memasuki  kebun kelapa sawit di sini malam semalam menarik perhatian pihak polis untuk mengekori sebelum berjaya memberkas tujuh individu termasuk empat pendatang asing tanpa izin (PATI).

Sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri sebelum itu membuat intipan dan pemantauan pada jam 8.30 malam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kereta tersebut pada awalnya masuk ke kawasan kebun kelapa sawit sebelum menemukan seorang lelaki disyaki tekong darat sedang menunggu PATI.

“Pihak polis kemudian berjaya menangkap tekong darat tersebut dan dua lelaki tempatan dipercayai ‘transporter’. Selain itu empat PATI juga  ditahan melibatkan seorang lelaki dan dua wanita dewasa serta seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan.

“Siasatan awal mendapati, suspek warganegara tempatan berperanan sebagai ‘transporter itu membawa semua PATI tersebut untuk keluar dari negara ini melalui jalan tidak diwartakan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Setiap PATI berkenaan membayar RM2,000, manakala  semakan mendapati seorang suspek tempatan mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4.1 dan Seksyen 26A ATIPSOM serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Nurman Nasyriq

nurman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *