Spotify paten teknologi bolehkan aplikasi pilih muzik mengikut emosi pendengar

 Spotify paten teknologi bolehkan aplikasi pilih muzik mengikut emosi pendengar

Menurut laporan NME.com, firma streaming muzik Spotify telah mendapat kelulusan paten bagi membolehkan teknologi syarikat itu memantau percakapan dan bunyi sekeliling serta mengumpul data ketika digunakan, bagi membantu mencadangkan lagu-lagu yang lebih sesuai dengan kehendak pendengar. Paten yang difailkan pada tahun 2018 itu telah mendapat kelulusan pihak yang berkenaan baru-baru ini.

Di dalam permohonan paten tersebut, Spotify menyebut bahawa teknologi itu berfungsi dengan cara mengumpul audio, termasuklah suara dan bunyi laterbelakang, bagi memahami “metadata” pengguna seperti keadaan emosi, jantina, umur dan juga loghat. Teknologi itu akan menggunakan “intonasi, intensiti dan irama perbualan” bagi mengetahui emosi seseorang pengguna seperti “gembira, neutral atau sedih”, selain mendengar audio dari persekitaran seperti bunyi trafik, kicauan burung dan printer pejabat, bagi mengenalpasti situasi sekeliling, sama ada pengguna itu berseorangan atau bersama orang lain, bahkan jika pengguna itu berada di suatu parti.

Dengan data yang ada, sistem Spotify akan dapat mencadangkan lagu-lagu dan artis-artis yang sesuai dengan keadaan dan ‘mood’ pengguna aplikasi tersebut.

Namun begitu, dalam kenyataannya, syarikat tersebut berkata, belum ada perancangan untuk menggunakan paten itu dimasa terdekat. “Spotify memohon beratus-ratus paten teknologi dan rekaan baru; ada paten yang akan digunakan dalam produk kami, ada juga yang tidak akan digunakan.

“Misi kami adalah untuk mencipta pengalaman audio yang terbaik untuk pelanggan, namun kami tidak mempunyai apa-apa berita yang berkenaan pada masa ini.”

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16  −    =  6