Team Amal Kazuko agih 50 bakul makanan kepada penduduk Indera Mahkota Jaya

 Team Amal Kazuko agih 50 bakul makanan kepada penduduk Indera Mahkota Jaya

KUANTAN, 17 Julai — Sebanyak 50 bakul makanan berjaya diagihkan kepada golongan yang terkesan akibat wabak pandemik COVID-19 di Taman Perumahan Indera Mahkota Jaya, hari ini.

Pengerusi KRT Taman Perumahan Indera Mahkota Jaya Datuk Dr Ardi Awang berkata golongan sasar tersebut terdiri daripada keluarga yang hilang punca pendapatan, ibu tunggal dan yang mempunyai masalah kesihatan.

Pengerusi KRT Taman Perumahan Indera Mahkota Jaya Datuk Dr Ardi Awang

“Program bakul makanan hari ini berjalan lancar di mana ia dijalankan secara pandu lalu. Sebanyak 50 pek makanan disediakan, bagaimanapun tiga penerima akan kita hantar ke rumah kerana ada masalah tersendiri tidak dapat hadir.

“Saya ucapkan terima kasih kepada penyumbang yang datang dari Kuala Lumpur untuk beri bantuan kepada penduduk di sini,” katanya ketika ditemui hari ini.

Program bakul makanan itu disumbangkan oleh Team Amal Kazuko dan syarikat kilang bateri solar, Federal Power Holdings.

Sementara itu, Presiden Team Amal Kazuko Datuk Seri Hisham Abdul Wahab berkata selain barang makanan asas, terdapat penambahan kandungan dalam pek makanan yang diberikan kepada setiap penerima.

Presiden Team Amal Kazuko Datuk Seri Hisham Abdul Wahab

Beliau berharap agar lebih ramai NGO tampil membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan.

“Program hari ini kita buat penambahan iaitu barang-barang kering seperti bawang putih, bawang merah, cili dan sebagainya di mana sebelum ini kita beri beras, tepung, susu dan beberapa keperluan lain.

“Kita dalam masyarakat harus saling membantu, tolong mereka dalam kesusahan yang apa kita boleh bantu terutama dari segi barang makanan dan keperluan wang ringgit,” katanya.

Turut hadir, Penasihat Kehormat Team Amal Kazuko Datin Seri Intan Abdul Hamid bersama anggota-anggota NGO yang hadir memberikan sokongan.

Fazlan

fazlan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

34  −    =  24