Netizen persoal ; Berapa puluh kali Tauke kahwin?

 Netizen persoal ; Berapa puluh kali Tauke kahwin?


PETALING JAYA : Kelibat seorang lelaki yang kelihatan seperti pelawak Tauke Jambu menggayakan baju Melayu putih dan bersampin seperti selesai bernikah menjadi tular di media sosial.

Tauke atau pemilik nama penuh, Zamratul Amri Zakaria, 44, didakwa selamat mendirikan rumah tangga dengan seorang gadis bernama Shu menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh teman-teman rapat pasangan itu.

Lebih menguatkan teka-teki berita perkahwinan apabila wanita bernama Shu itu membantu Tauke memakai sampin di dalam sebuah masjid. 

“Berapa puluh kali daa Si Tauke ni kahwin?,” soal seorang netizen.

“Weyhh dia kahwin dengan Tauke kan?,” komen seorang pengguna Tik Tok.

“Kawin cerai, kawin cerai,” luah pengguna wargamaya.

Video berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada netizen komen yang ternyata keliru dengan situasi itu memandangkan Tauke sudah pun berkahwin. 

Malah, ada yang mempersoalkan bilangan perkahwinan pelawak sensasi itu.

Bagaimanapun, usaha Waaw untuk mendapatkan pelawak kontroversi itu gagal apabila mesej dan panggilan tidak berjawab. Manakala Tauke iaitu Nadia Mohd Effendi juga tidak dapat dihubungi.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

52  +    =  59