Tarik “katak”, penyokong PH mungkin memberontak – Penganalisis politik

 Tarik “katak”, penyokong PH mungkin memberontak – Penganalisis politik

Pemimpin PH dilihat terdesak untuk mempertahankan keputusan mereka menerima “pembelot” dari Umno.

Menurut Penganalisis Politik, Prof Dr Azmi Hassan, langkah itu mungkin akan memakan diri malah penyokong PH mungkin memberontak terhadap tindakan itu.

Melihat kepada kenyataan Setiausaha Organisasi DAP Loke Siew Fook yang terpaksa memberitahu penyokong parti yang diakuinya tidak berpuas hati dengan penerimaan itu supaya kekal teguh menyokong PH.

“Setiap 100 penyokong Umno yang berjaya ditarik oleh Idris atau Azman, mungkin terdapat 1,000 orang yang berasa tertipu oleh parti mereka.

“Mereka mungkin percaya bahawa dua bekas ADUN Umno itu boleh menarik sokongan daripada ahli Umno dan ia menjadi pertimbangan utama dan alasan mengapa mereka dibawa masuk,” katanya.

Terdahulu, PH telah menerima bekas Ketua Menteri Melaka Idris Haron dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor Nor Azman Hassan sebagai calon mewakili mereka dalam PRN Melaka yang berlangsung 20 November ini.

Zuan Azmi

zuan@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

74  −  64  =