Tapi video tu tidak dimuat naik pun – Zarol Zarif

 Tapi video tu tidak dimuat naik pun – Zarol Zarif

PETALING JAYA : Aktif memuat naik pelbagai video ‘prank’ di media sosial, Zarol Zarif menjelaskan tidak tahu punca amarah penyanyi rap Cat Farish terhadap dirinya.

Mengakui merakam video ketika berkunjung ke studio milik Cat Farish, bekas peserta Akademi Fantasia 2016 itu menjelaskan video itu tidak dimuat naik di mana-mana platform media sosial. 

“Sejujurnya saya tak tahu kenapa abang Cat cakap macam itu sedangkan video ‘prank’ itu saya tak muat naik di mana-mana pun. Saya faham kenapa abang Cat marah tapi kenapa dia nak bangkitkan semula isu itu sebab semuanya sudah selesai waktu itu juga.

“Apa pun, saya hormat abang Cat. Walaupun ada isu antara kami tapi dia tetap profesional selesaikan kerja,” kata Zarol.

Baru-baru ini, Cat meluahkan rasa kecewa terhadap sikap penyanyi yang dianggap sekadar membuang masa ketika datang ke studio bagi merakamkan lagu baru-baru ini.

Namun, video itu tidak menyebut nama individu terbabit selain menasihati penyanyi itu menghormati masa orang lain.

Bertambah berang apabila Zarol menjadikan Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli sebagai bahan bahan atau kandungan untuk saluran YouTube miliknya. 

Malah, dia juga menasihatkan Zarol untuk bersikap lebih serius ketika bekerja. 

Dalam pada itu, Zarol memberitahu dia memilih Cat untuk bekerjasama menerusi lagu terbaharunya berjudul Kan Kan kerana meminati hasil kerja ahli kumpulan Ruffedge berkenaan. 

“Saya memang minat hasil kerja abang Cat. Sebelum ini, kita tahu semua lagu-lagu yang dia terbitkan orang senang nak terima. 

“Lagu-lagu dia pun jenis yang ‘catchy’ dan sedap untuk didenga. Sebab itu saya pilih dia. Saya pun dah tiga tahun tak keluar lagu. Untuk buat kemunculan semula ini, saya pilih orang yang betul-betul sesuai. Sebab itu saya pilih abang Cat,” katanya. 

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

80  −    =  70