Tangguh majlis kahwin, tetap teruskan demi isteri – Cat Farish

 Tangguh majlis kahwin, tetap teruskan demi isteri – Cat Farish


PETALING JAYA : “Saya akan buat jugalah majlis persandingan kerana ini perkahwinan pertama isteri. Saya mahu dia merasai pengalaman bersanding.

“Ikutkan saya tidak kisah kerana saya telah pun merasai pengalaman bersanding menerusi perkahwinan sebelum ini”.

Biarpun sudah setahun mendirikan rumah tangga, penyanyi Cat Farish tetap mahu mengadakan sebuah majlis persandingan sebagai kenangan buat isteri tercintanya.

Terdahulu, Cat Farish yang juga anggota kumpulan Ruffedge melangsungkan perkahwinan buat kali kedua bersama Suriani di Pusat Dakwah Islamiah Paroi, Senawang, Negeri Sembilan pada 20 November tahun lalu.

Cat Farish berkongsi mengenai kehidupan peribadinya ketika ditemui pada majlis pelancaran single Kan Kan penyanyi, Zarol Zarif pada petang Khamis.

Penyanyi dan komposer, Cat Farish, yang merancang untuk mengadakan majlis persandingan pada 20 November lalu bersama isteri, Suriani Hassan, 35, berhasrat untuk menangguhkan acara itu pada tahun hadapan.

Cat Farish atau pemilik nama penuh, Farrish Zaquan, 47, berkata biarpun sudah mendirikan rumah tangga selama setahun, namun ingin meneruskan perancangan untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan keduanya itu.

“Mengikut perancangan, sepatutnya majlis tersebut dilangsungkan pada 20 November lepas sempena ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.

“Insya-Allah, majlis persandingan kami akan diadakan pada tahun depan. Buat masa sekarang, saya rasa keadaan belum lagi selamat untuk mengadakan majlis persandingan kerana pandemik,” katanya.

Farhana Ab Rahman

farhanabrahman@wacana.my

Related post

Leave a Reply

Your email address will not be published.

  +  41  =  43